konsep Kitar Hidrologi.
- Istilah kitaran diguna untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan.
- Kitar hidrologi tidak ada titik permulaan dan penamat.
- Untuk memulakan sesuatu kitaran lebih mudah bermula dari lautan.
- Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang berkumpul menjadi awan.
- wap air apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan sama ada dalam bentuk hujan, embun, salji dan sebagainya.
- Kerpasan di bahagian daratan akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti:
- melalui larian air permukaan atau
- Di alir oleh sistem sungai ke laut
- Sebahagian kerpasan akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah.
- Selain daripada kerpasan itu mengalir ke laut,di fasa daratan juga berlaku proses seperti pintasan (interception),sejatan dari lembapan tanih dan juga sejat-peluhan tumbuhan, susupan(infiltrasi), storan(simpanan) serta rembesan air dalam tanah.
- Di fasa lautan, kitar hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah.
No comments:
Post a Comment