Sunday 19 November 2017

ARAHAN

KEPADA KETUA KELAS 1 BAIDURI :

sila paparkan blog cikgu di makmal komputer dan minta guru ganti memantau kendalian blog, salin nota bab 6 , minggu hadapan cikgu buat kuiz daripada pembacaan kamu. terima kasih

BAB 6 :BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA 

  Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi di Malaysia terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran. 

Tanah Tinggi

Image result for cameron highland
Cameron Highlands, Pahang

·         Tanah tinggi merujuk kepada kawasan ketinggian meelbihi 180m dari aras laut merangkumi banjaran gunung dan banjaran tinggi.
·         Banjaran gunung di Malaysia terjadi akibat proses lipatan.
·         Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke selatan Semenanjung Malaysia.
·         Kebanyakan banjaran terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, pendalaman Sarawak dan di barat serta tengah negeri Sabah.
·         Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang rendah. Sebagai contoh, purata suhu di Cameron Highlands ialah 19°C, berbanding Kuala Lumpur 27°C.
Sumber : Stesen Meteorologi Cameron Highlands, Jun 2016

Tanah Pamah


Image result for sawah padi
Sawah padi di daerah Yan, Kedah

·         Tanah pamah ialah kawasan yang rendah dan ketinggian tidak melebihi 180m dari aras laut.
·         Kebanyakan tanah pamah di Malaysia terdapat di lembangan sungai, dataran, delta dan dataran pantai.
·         Sebagai contoh, Dataran Kelantan, Dataaran Kedah-Perlis, Delta Rajang dan Delta Segama.

    Pinggir Laut

Image result for pantai cenang

Pantai Chenang di Pulau Langkawi, Kedah

·         Malaysia memepunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800km. Malaysia dikelilingi Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Melaka.
·         Terdapat pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun. Malaysia dikelilingi laut cetek yang terletak di atas pentas benua dikenali sebagai Pentas Sunda.
·         Di pinggir pantai terdapat ciri fizikal seperti pantai, tanjung, teluk, gerbang laut, batu tunggul dan batu sisa.





Image result for tasik kenyir
Pemandangan Tasik Kenyir dari udara

·         Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik.
·         Kebanyakan sungai berpunca dari kaawasn tsdshsn hujsn di tanah tinggi,
Selain sungai, terdapat tasik semula jadi dan tasik buatan manusia di Malaysia.

 LOKASI PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA
Tanah Tinggi
Tanah tinggi merujuk kepada kawasan yang melebihi 180m dari aras laut. Tanah tinggi di Malaysia terdapat di Malaysia terdiri daripada rangkaian banjarangunung dan dataran tinggi.
Tanah Tinggi di Semennajung Malaysia
·         Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia berpunca dari Dataran Tinggi Yunanidi pendalamannegara China yang merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.
·         Banjaran gunung di Semennajung Malaysia merupakan banjaran gunung lipat tua yang stabil.
·         Banjaran Titiwangsa tinggi di utara dan menganjur semakin rendah ke selatan.
·         Banmjaran Titiwangsa merupakan ‘tulang belakang’ Semenanjung Malaysia.
Tanah Tinggi di Sarawak dan Sabah
·         Kawasan tanah tinggi terletak di pendalaman Sarawak dan Sabah.
·         Terdapat beberapa banjaran dan gunung di Sarawak dan Sabah.
·         Banjaran Crocker, Banjaran Trus Madi dan Banjaran Brassey terletak di Sabah.
·         Gunung KInabalu yang terletak di Banjaran Crocker merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.
·         Di Sarawak terdapat Banjkaran Tama Abu, Banjaran Pergunungan Iran, Pergunungan Hose dan Banjaran Kapuas Hulu. 

Image result for BANJARAN DI MALAYSIA

Tanah Pamah

Tanah pamah ialah kawasan datar atau beralun yang ketinggian kurang daripada 180m dari aras laut. Kawasan tanah pamah Malaysia terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembangan sungai.
Tanah Pamah di Semenanjung Malaysia
Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur Dataran Kedah-Perlis. Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan, dan sebagainya. Antara kawasan tanah pamah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah :
·         Dataran Kedah-Perlis
-          Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga ke selatan negeri Kedah
-          Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada jenis tanih alluvium.
-          Kawasan yang sesuai untuk penanaman padi
·         Dataran Kelantan
-          Tanah pamah yang rendah dan rata
-          Diliputi tanih jenis alluvium
-          Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian.
·         Dataran Hulu Perak
-          Sambungan jaluran tanah pamah dari utara ke selatan negeri Perak.
-          Kawasan tanah pamahnya luas
-          Kawasan tanah pamah sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi.
Tanah Pamah di Sarawak dan Sabah.         
Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah. Dataran di pantai timur Sabah adalah lebihlebih luas berbanding pantai barat. Dataran di sepanjang pantai barat negeri Sarawak pula merupakan tanah pamah yang luas. Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak.
·         Dataran Pantai Timur Sabah
-          Dataran di pantai timur Sabah adalah lenih luas berbanding pantai barat.
-          Kawasan tanah pamah lebih lebar
-          Terdapat banyak kawasan berpaya
-          Sesuai untuk kegiatan seperti tanaman kelapa sawit, getah dan koko
·         Dataran Pantai Barat Sabah
-          Tanah pamah yang agak sempit dan terputus-putus
-          Terbentuk di kaki Banjaran Crocker
-          Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti di Likas dan Kepayan
·         Dataran Pantai Barat Sarawak
-          Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas.
-          Sangat sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran
·         Delta Rajang
-          Dataran yang luas dan subur
-          Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat Sarawak.
-          Kegiatan pertanian dijadikan kegiatan utama
-          Tanih subur akibat mendapan daripada kejadian banjir

PINGGIR LAUT DI MALAYSIA

Image result for bentuk muka bumi pinggir laut di malaysia

TEBING TINGGI
 - terbentuk akibat hakisan ombak semasa air pasang

GUA
- merupakan kesan yang terbentuk akibat tindakan ombak terhadap tebing tinggi

GERBANG LAUT
- terbentuk disebabkan hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua laut

BATU TUNGGUL
- hasil daripada runtuhnya gerbang laut

TANJUNG
- terbentuk akibant hakisan omabk thdp batuan lembut
- batuan keras yang kekal menganjur seperti tanjung

TELUK
- terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut di pinggir pantai

PULAU
- daratan yang dikelilingi laut

SALIRAN DI MALAYSIA




Image result for peta saliran di malaysia








Wednesday 18 November 2015

kitaran hidrologi

konsep Kitar Hidrologi.
    • Istilah kitaran diguna untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan.
    • Kitar hidrologi tidak ada titik permulaan dan penamat.
    • Untuk memulakan sesuatu kitaran lebih mudah bermula dari lautan.
    • Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang berkumpul menjadi awan.
    • wap air apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan sama ada dalam bentuk hujan, embun, salji dan sebagainya. 
    •  Kerpasan di bahagian daratan akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti: 
    • melalui larian air permukaan atau 
    • Di alir oleh sistem sungai ke laut
    • Sebahagian kerpasan akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah.
    • Selain daripada kerpasan itu mengalir ke laut,di fasa daratan juga berlaku proses seperti pintasan (interception),sejatan dari lembapan tanih dan juga sejat-peluhan tumbuhan, susupan(infiltrasi), storan(simpanan) serta rembesan air dalam tanah. 
    •  Di fasa lautan, kitar hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah. 

    Tuesday 17 November 2015

    Laporan Lawatan ke Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh

    pelajar kelab Geografi ke Taman Negara Pahang Sungai Relau
    seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab georgafi SMK Bandar Tenggara dan seramai 4 orang guru Geografi ssebagai guru pembimbing.
    antara aktiviti yang dijalankan di Taman Negara Pahang 

    keterangan lanjut atau berminat mengikuti aktiviti sila ke https://www.facebook.com/reelauagency/notes



    kementerian pendidikan Malaysia